Monday 19 December 2011

Final Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3 - Mafa dan Asmidar

Mafa, peserta yang sentiasa konsisten setiap minggu

Asmidar peserta yang memberi saingan sengit 



SHAH ALAM: Dua peserta wanita iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md Akhir (Mafa) berjaya ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama yang bakal berlangsung pada Ahad depan.


Asmidar, 25, peserta pertama pilihan juri telah mendapat markah purata sebanyak 58 peratus manakala Mafa, 19, dengan 48 peratus.

Peserta tunggal lelaki, Azmarul Azuan Harun (Azmarul), 27, bagaimanapun tersingkir pada konsert minggu kesembilan itu dengan purata markah sebanyak 43 peratus.

Sebelum diumumkan sebagai finalis akhir, Azmarul dan Mafa terpaksa mengharungi cabaran Battle Song bagi menentukan kedudukan mereka pada peringkat akhir.


Bagaimanapun, lagu nyanyian asal Hafiz, Awan Nano telah memberi tuah kepada Mafa.


“Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini,” ujar Mafa ketika ditemui selepas berlangsungnya konsert di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Dua lagu lain yang dibawa oleh Mafa pada malam itu adalah Earth Song dendangan Michael Jackson dan Asmara duet bersama Atilia.

Keputusan diumumkan oleh juri tetap program tersebut, Erra Fazira dan Azmeer.

Dalam pada itu, Asmidar membawa lagu Can’t Take My Eyes of You dan Bagaikan Saktiduet bersama Bob (AF2).

Asmidar pelajar Ijazah Sarjana Muda (Persembahan Muzik Vokal) di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (Aswara) berkata, dia pada awalnya tidak meletakkan harapan untuk masuk ke peringkat akhir.


Adam rasa Mafa yang akan bergelar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...