Tuesday 20 December 2011

Fasha Masih Rahsiakan Tarikh Perkahwinannya

Fasha yang sentiasa diselubungi dengan pelbagai gosip, namun masih mampu bertahan dalam industri seni tanahair

20 Dis – Aktres jelita, Fasha Sandha, masih merahsiakan lagi tarikh perkahwinannya dengan kekasihnya sehingga sampai pada masa yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini, apabila gambarnya sedang mencuba pakaian pengantin telah tersebar di laman sosial, pelbagai spekulasi timbul mengatakan Fasha akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat bersama bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram, atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Fasha yang ditemui ketika majlis pelancaran filem "Penanggal" di Restoran Al-Andalus baru-baru ini, menafikan spekulasi tersebut tetapi mengakui akan memberitahu tarikh perkahwinannya pada umum kelak.

"Kalau awal tahun depan memang tidak akan berlaku apa-apa majlis seperti yang dikhabarkan kerana bulan Februari sahaja, saya sibuk dengan pengambaran drama "Seindah Sakura" dan akan berada di Perancis. Apa yang boleh saya katakan kini apabila sampai masanya akan saya beritahu kepada umum berita baik itu dan tidak akan merahsiakannya."

"Bukan tidak mahu memberitahu pada masa ini, cuma kita tidak tahu apa akan jadi masa depan. Apabila hampir tiba masanya akan saya beritahu kepada semua. Jadi saya berharap doakanlah agar kebahagiaan berpihak kepada saya. Insyaallah akan tiba masanya," katanya.

Pada masa sama, aktres berusia 27 tahun ini memberitahu bahawa dia telah menolak tiga tawaran berlakon kerana mahu berlakon dalam filem "Penanggal" kerana mempunyai keunikkanya tersendiri.

"Dah tiga tawaran berlakon saya tolak sebelum ini dan rasa ralat juga, tetapi watak dalam filem ini sangat bagus dan ini adalah filem pertama saya yang memerlukan saya bercakap bahasa Arab," ujarnya.

Jelasnya, pertama kali dia membaca skrip filem itu dia agak risau kerana watak yang dipegangnya sangat mencabar dan memerlukan permainan emosi dalaman.

Fasha yang akan memegang watak Sharifah Zahra, mengakui bahawa berlakon di bawah arahan pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, Ellie Suraity, banyak memberinya pengalaman.

"Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.

"Dia menjadikan saya sempurna dalam filem "Penanggal," kata gadis berasal dari Johor Bahru itu.

Tambah Fasha lagi, walaupun Ellie Suraity sedang mengandung, namum pergerakkannya tidak seperti orang mengandung kerana dia sangat rajin dan tidak tahu duduk diam.

Penggambaran filem "Penanggal" ini telah pun memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu dan dijangka akan tamat pada 26 Januari pada tahun hadapan.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta ini akan menampilkan Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Dan turut membintangi filem ini iailah Kusdiwadinata, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Fauziah Nawi, Haeriyanto, Wan Suhaimi, Anne Abdullah, Rozie Othman dan Henzi Andalas. Dan turut membuat penampilan istimewa dalam filem "Penanggal" ialah Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...