Tuesday 20 December 2011

Fasha Masih Rahsiakan Tarikh Perkahwinannya

Fasha yang sentiasa diselubungi dengan pelbagai gosip, namun masih mampu bertahan dalam industri seni tanahair

20 Dis – Aktres jelita, Fasha Sandha, masih merahsiakan lagi tarikh perkahwinannya dengan kekasihnya sehingga sampai pada masa yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini, apabila gambarnya sedang mencuba pakaian pengantin telah tersebar di laman sosial, pelbagai spekulasi timbul mengatakan Fasha akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat bersama bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram, atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Fasha yang ditemui ketika majlis pelancaran filem "Penanggal" di Restoran Al-Andalus baru-baru ini, menafikan spekulasi tersebut tetapi mengakui akan memberitahu tarikh perkahwinannya pada umum kelak.

"Kalau awal tahun depan memang tidak akan berlaku apa-apa majlis seperti yang dikhabarkan kerana bulan Februari sahaja, saya sibuk dengan pengambaran drama "Seindah Sakura" dan akan berada di Perancis. Apa yang boleh saya katakan kini apabila sampai masanya akan saya beritahu kepada umum berita baik itu dan tidak akan merahsiakannya."

"Bukan tidak mahu memberitahu pada masa ini, cuma kita tidak tahu apa akan jadi masa depan. Apabila hampir tiba masanya akan saya beritahu kepada semua. Jadi saya berharap doakanlah agar kebahagiaan berpihak kepada saya. Insyaallah akan tiba masanya," katanya.

Pada masa sama, aktres berusia 27 tahun ini memberitahu bahawa dia telah menolak tiga tawaran berlakon kerana mahu berlakon dalam filem "Penanggal" kerana mempunyai keunikkanya tersendiri.

"Dah tiga tawaran berlakon saya tolak sebelum ini dan rasa ralat juga, tetapi watak dalam filem ini sangat bagus dan ini adalah filem pertama saya yang memerlukan saya bercakap bahasa Arab," ujarnya.

Jelasnya, pertama kali dia membaca skrip filem itu dia agak risau kerana watak yang dipegangnya sangat mencabar dan memerlukan permainan emosi dalaman.

Fasha yang akan memegang watak Sharifah Zahra, mengakui bahawa berlakon di bawah arahan pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, Ellie Suraity, banyak memberinya pengalaman.

"Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.

"Dia menjadikan saya sempurna dalam filem "Penanggal," kata gadis berasal dari Johor Bahru itu.

Tambah Fasha lagi, walaupun Ellie Suraity sedang mengandung, namum pergerakkannya tidak seperti orang mengandung kerana dia sangat rajin dan tidak tahu duduk diam.

Penggambaran filem "Penanggal" ini telah pun memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu dan dijangka akan tamat pada 26 Januari pada tahun hadapan.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta ini akan menampilkan Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Dan turut membintangi filem ini iailah Kusdiwadinata, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Fauziah Nawi, Haeriyanto, Wan Suhaimi, Anne Abdullah, Rozie Othman dan Henzi Andalas. Dan turut membuat penampilan istimewa dalam filem "Penanggal" ialah Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini.

Zul Masih Sayangkan Abby Abadi

Zul Ariffin dikatakan masih sayangkan Abby Abadi

20 Dis – Tiga tahun menyulam cinta dan kasih sayang bersama pelakon, Abby Abadi, namun bintang siri "Gerak Khas" , Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan nama Zul Ariffin, terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila akhirnya berpisah tanpa sebab yang kukuh.
Zul memberitahu walaupun sudah berpisah, ia tidak menghalangnya dari terus berhubung dengan bekas kekasihnya itu. Dan Zul memberitahu bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya melalui laman sosial Facebook milik Abby.
Pelakon bertubuh sasa ini turut memberitahu bahawa dia dan Abby masih baik dan dia menghormati Abby sebagai seorang kawan. Zul juga menggambarkan bekas kekasihnya itu sebagai the best person yang pernah mucul dalam hidupnya selain dari keluargannya.
"Hubungan saya dengan Abby masih baik. Kadang-kadang kami saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Hubungan kami dah habis, tapi perasaan sayang kepadanya itu masih ada. Kerana percintaan kami bukan terbina selama tiga hari, tetapi tiga tahun lamanya."
"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya. Apatahlagi biasanya kalau kita kenal rapat dengan seseorang itu, 5% tentang dirinya pasti ada pada diri kita", katanya
Sementara itu, ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, pemuda berusia 25 tahun ini dengan ringkas menjawab, 'mungkin'.
"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan."
"Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya, saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem "Penanggal".
Zul dan Abby dilaporkan berpisah pada Oktober lalu, selepas Abby menyatakan sendiri di laman blognya peribadinya.

Monday 19 December 2011

Adlin Aman Ramli Tak Puas Hati Dengan Juri Maharaja Lawak Mega

 

Dunia seni kita ni kecik dek non... takkan  macam ni pun nak jadikan isu besar kottttt? Pi mai pi mai... muka hangpa gak yang akan ada dalam industri ni

Bayangkan perasan orang-orang yang pernah anda caci maki semasa anda menjadi penkritik sebelum-sebelum ini...

[Fakta] 18 Bahagian Tubuh Badan Terbesar Didunia

Stephen Taylor- Lidah terbesar didunia

Francisco Domingo Joaquim - Mulut terbesar didunia

Mehmet Ozyurek - Hidung terbesar didunia

Kim Goodman - Mata terbesar didunia

Makcik ni takde lak nama die - Telinga terpanjang didunia

Leonard Traenkenschuh - Kening terpanjang didunia

Badamsinh Juwansinh Gurjar - Misai terpanjang didunia

Sarwan Singh - Janggut terpanjang didunia

Radhakant Bajpai - Bulu telinga terpanjang didunia

Chenq Shiquin - Rambut terpanjang didunia

Andre The Giant - Kepala terbesar didunia

Perempuan Padaung - Leher terpanjang didunia

Greg Valentino - Lengan terbesar didunia

Leonid Ivanovych Stadnyk - Tapak tangan terbesar didunia

Lee Redmond-Kuku terpanjang didunia

Sheyla Hershey - Payudara terbesar didunia

Jonah Falcon - Kemaluan terbesar didunia

Svetlana Pankratova - Kaki terpanjang didunia


Macam-macam jenis orang ada!




Perempuan Ini Memiliki Payudara Terbesar Didunia

Sheyla Hershey, memiliki payudara terbesar pada tahun 2009

Sheyla Hershey, Brazil telah berjaya menerima gelaran perempuan yang memiliki paling besar payudara pada tahun 2009.  Dia telah melakukan 9 pembedahan bagi tujuan ini. Sekaligus gelaran perempuan memiliki payudara terbesar dimiliki olehnya dengan bersaiz 38kkk.

2011, Chelsea merampas gelaran payudara terbesar dari Sheyla

Namun pada tahun 2011, gelaran ini telah dirampas oleh  Chelsea Charms. Perempuan berusia 35 tahun ini mempunyai payudara bersaiz 164XXX dan setiap satu beratnya adalah 13KG. Menurut Chelsea, tujuan dia memiliki payudara yang besar adalah untuk menarik perhatian lelaki dan bagi memenuhi kehendak perkerjaannnya iaitu penari bogel.


Payudara besar untuk memikat lelaki? Takde selera lak melihatnya.

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011 - (22 December 2011)


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini. 
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis. 
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. 

- BERNAMA 


*Ayat yang kita selalu dengar kalau musim orang ambik result exam "keputusan tahun ini lebih baik dari keputusan tahun-tahun lepas" 

Shandy Aulia Kenalkan Suami

Shandy akhirnya memperkenalkan suami kepada umum

19 Dis – Aktres "Eiffel I'm In Love", Shandy Aulia akhirnya memperkenalkan suaminya kepada media tempatan Indonesia selepas majlis perkahwinan drastik yang berlangsung di Bali pada 12 Disember lalu.

Dipetik daripada Kapan Lagi, pemilik nama Nyimas Shandy Aulia dan suaminya yang juga seorang jejaka Tionghoa bernama David Herbowo mengakui sudah berkahwin di sebuah gereja yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan dekat.

"Memang benar kami sudah bernikah. Maaf kerana tidak boleh mengumumkan khabar gembira ini kerana kami semua penat dan perlu masa untuk berehat.

"Kami memilih 12 Disember kerana waku dan lokasi yang dipilih bersesuaian pada tarikh tersebut. Oleh itu, kami langsungkan sahaja," ujar Shandy ketika sidang media di Ritz Charlton, Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Pasangan suami isteri ini memberitahu hubungan mereka terjadi selepas diperkenalkan oleh seorang teman dan telah bercinta hampir setahun.

Sebelum ini ayah Shandy, Kiemas Yusuf Effendi menyatakan rasa kecewanya apabila aktres berusia 24 tahun itu dan suaminya tidak pernah bertemu dan meminta restu sebelum berkahwin walaupun mereka berlainan pegangan agama memandangkan Shandy mengikut ibunya yang beragama Kristian selepas bercerai, manakala kedua kakak Shandy mengikut ayahnya yang beragama Islam.

*Adam suke tengok cite effiel iám in love tu.. swets gler

Ayu Ting Ting Rampas Tunangan Orang Lain

Ayu Ting Ting yang dikatakan telah merampas tunang orang lain

17 Dis – Penyanyi dangdut Indonesia yang kian meningkat naik, Ayu Rosmalina atau lebih dikenali sebagai Ayu Ting Ting didakwa telah merampas tunang wanita lain.

Dipetik dari Kapan Lagi, sumber terdekat kepada teman lelaki Ayu Ting Ting, Hendry Hendarso atau mesra disapa Angie dikatakan telah berstatus tunangan wanita lain sebelum bercinta dengan penyanyi yang popular dengan lagu "Alamat Palsu".

Walaubagaimanapun Ayu Ting Ting ketika ditemui selepas selesai program "Big Show Ting Ting Idol" di Jakarta Timur baru-baru ini enggan memberi komen tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu. Malah saya enggan menjawab tentang isu tersebut. Jika ingin bertanya soalan tersebut, saya enggan menjawab," ujarnya sambil berlalu pergi.

Penyanyi berusia 19 tahun ini turut mengakui dia sudah lama mengenali Angie, malah sebelum mereka menjalinkan hubungan cinta. Ayu Ting Ting turut menegaskan hubungan mereka serius walaupun baru bersama.

[GAMBAR]-Hot! Maknyah Jadi Pramugari Di Bangkok













Dah macam perempuan dah lagaknya. Mesti ada penumpang yang akan terkeliru dengan identiti mereka

"PC Air transsexual flight attendants (L to R): Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, and Phuntakarn Sringern, 24, pose for photographers at Bangkok's Suvarnabhumi International Airport December 15, 2011. P.C. Air set its first proving flight from Bangkok to Surat Thani province after it recruited four transsexual flight attendants earlier this year. The airline's original plan to hire only male and female attendants was changed when more than 100 job applications from transvestites and transsexuals were received, four of whom were recruited along with 19 female and seven male flight attendants. The airline said the qualifications were the same as that required of female flight attendants, which include femininity and attractiveness. REUTERS/Chaiwat Subprasom " ---sumber

Kes Perceraian Jimmy Shanley - "Nursuhaila langgar janjinya"

Jimmy dan Suhaila

16 Dis – Pengacara popular, Jimmy Norjahan Salleh atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley mendakwa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah memungkiri janjinya untuk berubah menjadi isteri yang solehah, sekaligus menyebabkannya memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadap isterinya itu.

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Jimmy, 31, memberitahu Nursuhaila, 25, pernah berjanji untuk meninggalkan perangai buruk termasuk suka berjudi selepas mendirikan rumah tangga bersamanya pada 1 Oktober 2010.

Walaubagaimanana dia gagal dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik dan enggan tinggal bersama selepas berkahwin.

Nursuhaila yang merupakan anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, didakwa telah menghilangkan diri pada malam sambutan hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober tahun lepas kerana pergi berjudi bersama teman baik dan bekas kakak iparnya.

Malah Jimmy turut mendakwa Nursuhaila lebih mementingkan kawan-kawannya daripada rumah tangganya sendiri.

Jimmy telah memfailkan permohonan tersebut terhadap Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu. Perbicaraan akan bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.

Pasangan suami isteri telah diijabkabulkan pada 1 Oktober tahun lalu dengan hantaran sebanyak RM31,186 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Zahrah Rania Shanley.

[ILUSTRASI]-Gelagat Kakitangan Yang Gajinya Baru Masuk

Riak semacam jer!

Final Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3 - Mafa dan Asmidar

Mafa, peserta yang sentiasa konsisten setiap minggu

Asmidar peserta yang memberi saingan sengit 



SHAH ALAM: Dua peserta wanita iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md Akhir (Mafa) berjaya ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama yang bakal berlangsung pada Ahad depan.


Asmidar, 25, peserta pertama pilihan juri telah mendapat markah purata sebanyak 58 peratus manakala Mafa, 19, dengan 48 peratus.

Peserta tunggal lelaki, Azmarul Azuan Harun (Azmarul), 27, bagaimanapun tersingkir pada konsert minggu kesembilan itu dengan purata markah sebanyak 43 peratus.

Sebelum diumumkan sebagai finalis akhir, Azmarul dan Mafa terpaksa mengharungi cabaran Battle Song bagi menentukan kedudukan mereka pada peringkat akhir.


Bagaimanapun, lagu nyanyian asal Hafiz, Awan Nano telah memberi tuah kepada Mafa.


“Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini,” ujar Mafa ketika ditemui selepas berlangsungnya konsert di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Dua lagu lain yang dibawa oleh Mafa pada malam itu adalah Earth Song dendangan Michael Jackson dan Asmara duet bersama Atilia.

Keputusan diumumkan oleh juri tetap program tersebut, Erra Fazira dan Azmeer.

Dalam pada itu, Asmidar membawa lagu Can’t Take My Eyes of You dan Bagaikan Saktiduet bersama Bob (AF2).

Asmidar pelajar Ijazah Sarjana Muda (Persembahan Muzik Vokal) di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (Aswara) berkata, dia pada awalnya tidak meletakkan harapan untuk masuk ke peringkat akhir.


Adam rasa Mafa yang akan bergelar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama ini.

Sunday 18 December 2011

[VIDEO]-Hitler Marah Kupon Double Zinger Burger KFC habis


Lanjutan promosi yang dikatakan telah memberikan kesan yang buruk buat nama KFC.

Voucer yang sepatutnya berakhir pada 15 January 2012, ditarik balik selepas sehari dikeluarkan.

Penjelasan pihak KFC yang akhirnya memberi kecaman oleh orang ramai.


[VIDEO]-Kanak-kanak Cedera Diserang Siamang di Zoo Melaka

Kesian siamang tu. Binatang bila takut ia akan serang objek yg menyerang atau dianggap memberi ancaman kpd mereka,that's nature. Manusia kacau habitat harimau contohnya, tentu harimau akan serang manusia kerana itu ancaman, macam manusia juga, kita mesti marah &serang pceroboh yg masuk rumah kita,that's nature. Kecuaian zoo juga, mcm mana boleh terlepas siamang tu. tp manusia jgn la provoke.hanya kerana ia binatang dan tak boleh bercakap jgn anggap ia tak ada perasaan,ia bertindak mengikut nature.


Enrique Iglesias Mempunyai Kemaluan Terkecil Didunia

Aksi Enrique mengambil gambar kemaluannya ketika mengadakan persembahan di salah satu showcasenya

Pengakuan begitu ikhlas dari Enrique semasa mengadakan persembahan di Sydney :

He said: “I grew up with a lot of my friends and all of them lost their virginity with hookers, not that there’s anything wrong with that.

“They had to pay for it. I wanted to wait for the right girl so I waited until I was 25.”

But, within moments he changed his story and claimed he was in fact 17-and-a-half when he slept with his first woman, saying: “I was nervous as s*** the first time.

“Usually the first time is not the best. Let me be honest, I was 17-and-a-half, I was so nervous. It lasted ten seconds.”
One of his companions then claimed he lasted ten minutes the first time. Iglesias replied: “Really? I don’t even last eight minutes now.”
The audience member said the singer’s “good looks” would be great for getting ladies.
Iglesias then asked: “What does Spanish good looks have to do with the size of your penis? Maybe I have the Spanish looks but I have the smallest penis in the world. I’m serious.
The singer then asked his companions to lift their shirts so they could all compare chests.

"Saya mungkin kelihatan seperti orang Spanish, tapi saya mempunyai kemaluan terkecil didunia"-Enrique


---> SUMBER

Entri Pertama

19 December 2011. Hari pertama blog ini dilahirkan. Harap leh terus maju dan maju.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...