Monday 19 December 2011

Ayu Ting Ting Rampas Tunangan Orang Lain

Ayu Ting Ting yang dikatakan telah merampas tunang orang lain

17 Dis – Penyanyi dangdut Indonesia yang kian meningkat naik, Ayu Rosmalina atau lebih dikenali sebagai Ayu Ting Ting didakwa telah merampas tunang wanita lain.

Dipetik dari Kapan Lagi, sumber terdekat kepada teman lelaki Ayu Ting Ting, Hendry Hendarso atau mesra disapa Angie dikatakan telah berstatus tunangan wanita lain sebelum bercinta dengan penyanyi yang popular dengan lagu "Alamat Palsu".

Walaubagaimanapun Ayu Ting Ting ketika ditemui selepas selesai program "Big Show Ting Ting Idol" di Jakarta Timur baru-baru ini enggan memberi komen tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu. Malah saya enggan menjawab tentang isu tersebut. Jika ingin bertanya soalan tersebut, saya enggan menjawab," ujarnya sambil berlalu pergi.

Penyanyi berusia 19 tahun ini turut mengakui dia sudah lama mengenali Angie, malah sebelum mereka menjalinkan hubungan cinta. Ayu Ting Ting turut menegaskan hubungan mereka serius walaupun baru bersama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...